Assalamualaikum.
Hai blog ku yang sunyi sepi tanpa pembaca. Hehehe
Hari ini aku ingin bercerita tentang diriku sejak akhir-akhir ini.
Kebelakangan ni aku ada sesuatu yang agak mempengaruhi hati aku. Tentang dia.
Sebenarnya aku pasrah saja dengan apa yang terjadi ini. Cuma kadang kala aku tunjukkan pada dia yang aku ini emo, yang aku ini cemburu, yang aku ini tak keruan.
Sebenarnya aku tak pasti sebab apa aku nak tunjuk pada dia tentang emosi aku. 😅😅😅
Mungkin aku sengaja ingin tunjuk yang aku ni cemburu, kecewa. Mungkin aku sengaja nak dia tau yang aku punya perasaan yang kuat padanya.
Aku tak berniat nak merapu merepek meratap di twitter.
Saja nak berbuat begitu kerana nak menunjukkan yang aku ni emo. 😅
Kadang-kadang rasa tak matang pulak bila nak gelabah tentang cinta pada usia sebegini.
Mungkin kerana aku tiada orang lain, mungkin aku tiada kawan lain, mungkin juga aku takut kehilangan dia.
Nak mintak maaf, tapi layak kah aku nak minta maaf dengan perangai tak matang ini? 😌😌
Cuma harap dia memahami aku dan tak mula bosan denganku.
Aaminn.. Maaf 🤗